No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, April 21, 2008

Syabas Pemuda Serdang Terus Mara Ke Hadapan

Assalamualaikum w.b.t

Ana, buat pertama kalinya dengan izin Allah SWT telah diberikan kesempatan dan amanah untuk menjadi perwakilan DMPKS pada mesy agung Kaw Serdang yg baru lalu. Sewaktu berjalannya mesyuarat yang tersebut, 1 perkara yang menarik telah membuatkan ana terpanggil untuk menghantar warkah ini.

Ana lihat satu fenomena yang cantik (maaf kan penggunaan gaya bahasa seorang muslimat!) Ana telah melihat di kalangan Pemuda Kaw Serdang, satu `unity' dan persefahaman yang dikepalai oleh Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Adram. Setiap satu isu/usul yang dibangkit dan diperkatakan, kelihatannya Pemuda amat muafakat.

Malah satu demi satu hujahan, telah dituturkan dengan penuh hikmah. Tampak setiap perwakilan yang bangkit untuk berucap , berucap dengan fasih dan bernas. Syabas Pemuda!

Tidak ketinggalan juga, Pemuda juga mempamerkan sikap `kepemudaan' terutama apabila terdapat isu-isu panas yang mula dilemparkan di dalam mesyuarat. Not to mention , a few acts within the Pemuda yang seperti kanak-kanak nakal, termasuk lah pasangan si kembar. Well done.

Sebagai seorang ahli jamaah Parti Islam SeMalaysia, ana sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah dan keep up the good work.
Dan bagi yang berhak, harus diberikan haknya. Kepada Ketua Pemuda Kaw Serdang, akhie telah mempamerkan ketokohan sebagai pemimpin yang disegani. Alhamdulillah.

Bagi tahun hadapan diharapkan agar Pemuda Serdang akan terus dipimpin oleh Ketua Pemuda yang lebih baik dan terpimpin. Bagi Ketua Pemuda sekarang, sudah sampai masanya mengundurkan diri dan melepaskan jawatan pada tahun hadapan , Insya Allah.

wallahu a'lam

Sekian,

Sharifah Fadzliah Syed Taha
muslimat serdang
11Rabiulakhir1429
18 April 2008

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...