Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban
27-07-2008 02:54:57 PM
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.
"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).
"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.
Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.
Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.
Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.
Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persektuan menjelang 16 September.
Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.
Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu.
PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah.
Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen.
Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama.
Dalam ulasannya, Tuanku Ja'afar menambah: "Seorang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, seorang lagi berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Caturan politik ini sangat kompleks dan sukar untuk diramalkan."
"Kita mungkin mempunyai Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dalam pertarungan jawatan presiden (Umno).
"Di akhbar, saya baca (bekas Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir (Mohamad) mengatakan bahawa (Datuk Seri) Mohd. Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.
"Orang Melayu tidak bersatu dan Umno perlu diberikan nafas (baru)," kata baginda.
Kata Saya:
1. Harapnya pandangan tersebut tidak mewakili pandangan majoriti raja raja melayulah.
2. YdPB NS merupakan seorang lagi Raja Melayu selain dari Sultan Pahang (Sultan Pahang gesa rakyat sokong BN) yang telah dan pernah menyatakan sokongan terbuka untuk BN.
3. Tak tahu kebetulan atau tidak(mana ada kebetulan dalam dunia nih kan?) ramai kerabat diraja merupakan tokoh tokoh yang begitu rapat dengan UMNO. Adinda Tuanku Jaafar misalnya, Tunku Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Rawang kalau tidak silap adalah kawan rapat kepada TDM(kalau ikut biografi Tunku Abdullah: A Passion For Life beliau yang banyak menolong TDM sewaktu TDM hampir hampir nak ditangkap bawah ISA dulu) Adinda Sultan Pahang pula Datuk Seri Tengku Azlan merupakan Ahli Parlimen Jerantut sekarang.Raja raja lain, Sultan Kelantan? Bapa Saudara Baginda kan Ku Li. Raja Perlis? Adinda baginda Datuk Seri Syed Razlan Exco Kerajaan Perlis sekarang.
4. Kalau itu semua mewakili Raja raja melayu(harapnya tidaklah) nampaknya PAS kena usaha lebih lagi lah untuk "mesra istana"hehe.
Entry Two:
Tidak mustahil Umno-PAS bersatu, sejarah 70-an berulang?
27-07-2008 05:43:56 PM (Dikemas kini)
KUALA TERENGGANU: Sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang? Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969?
Jawapan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ialah: "Ya."
Justeru, kata beliau, penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.
Kata Saya:
1. Memang sejarah 70-an akan berulang, tahun 1974 bergabung tahun 1978 kena tendang.
2. Cubalah bergabung kalau berani... tahun 2008 bergabung tahun 2012(kalau sempatlah) masa tu UMNO dah kuat balik tak timbul dah isu perpaduan melayu semua tu hampir pasti gamaknya kalau sejarah berulang PAS kena tendang balik..
Entry Three:
Usaha ketiga anjur konsert Inul sebelum hujung Ogos
27-07-2008 01:25:03 AM
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Penganjur konsert Inul Daratista tidak putus asas! Pihaknya mahu terus berusaha mengadakan persembahan ratu dangdut Indonesia itu di ibu negara bulan depan.
Selepas kecewa dua kali dalam seminggu ekoran pembatalan minit-minit terakhir, Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abu Bakar berkata, pihaknya akan menemui pihak berkuasa minggu depan untuk mendapatkan lampu hijau bagi membolehkan Inul menemui kembali peminatnya.
"Kami bercadang untuk mengadakan konsert seperti yang dirancang sebelum Ramadan ini.
Kata Saya:
1. Nak buat jugak tu...Dah rugi dekat sejuta pun ketegaq jugak. Sape nak nak tolong cover kerugian tu pergilah beramai ramai nanti kalau jadik jugak konsert tu..jangan kena panah petir sudah!!!
No comments:
Post a Comment