No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Wednesday, November 26, 2008

Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam

Dari Malaysiakini.com


Jimadie Shah Othman Nov 26, 08 12:31pm


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.


Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.


Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaguna 24 jam - akan disemak semula."Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

2 comments:

Dppks said...

SETUJU SANGAT LAA INI BARU NAMPAK KETEGASAN APA SEBELUM INI PUN PAS ASYIK DIKETEPIKAN

Anonymous said...

Sultan setuju ke?

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...