No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, April 14, 2009

MAT-MAT PEMUDA ISLAM

Berhubung dengan laporan dari Blog PenarikBeca di bawah tajuk HATI NURANI AHLI PAS

Berikut adalah penjelasan kami.

Salam,

Setelah dihuraikan oleh Dr. Samsuri semasa perasmian maka ketika usul dibuat maka cawangan yang sepatutnya menyokong menyatakan bahawa setelah beliau berbincang dengan Dr. Samsuri berkenaan Unity Government tersebut maka idea Presiden tidak relevan dengan suasana semasa iaitu setelah Najib diangkat menjadi PM.

Maka tiada cawangan yang bangun untuk menyokong usul tersebut. Oleh kerana tiada cawangan yang bangun menyokong maka usul tersebut dengan sendirinya tertolak.

Wakil Exco Pemuda Serdang

________________________________________________________________

Ulasan berhubung dgn Usul Kerajaan Perpaduan.

assalamualaikum, terima kasih diatas jawapan yang diberikan... pada pendapat peribadi ana ,bukannya cawangan tidak sokong cumanya dirasakan usul tersebut perlu dikemukakan semasa muktamar PAS kawasan serdang yang bakal bersidang pada hari Ahad/19-04-2009 ini bagi mendapatkan sokongan yang lebih jitu.Mungkin juga perwakilan DPPKS yang baru dilantik boleh mengusulkan usul tersebut sekali lagi semasa muktamar PAS kawasan Serdang
. Persoalan yang timbul,boleh ke usul yang sama dibawa ke peringkat mesyuarat kawasan Serdang yang dijadualkan bersidang pada Ahad/19-04-2009? . sekadar pandangan..

Dari Ketua Pemuda Caw. Zon bangi

.................................................................

RUMUSAN

Maka dengan ini walaupun usul ini ditolak ia bukanlah menggambarkan ahli-ahli akar umbi tidak menyokong tetapi setelah diberitahu bahawa ia tidak relevan buat masa sekarang (mungkin sebelum April relevan) secara totalnya perwakilan tidak mahu membahaskannya baik menyokong atau menolak maka speaker dewan pun mengistiharkan usul ini di tolak kerana tiada seorang pun yang angkat tangan . Maka IA TIDAKLAH MENGGAMBARKAN KAMI TIDAK WALA' PADA CADANGAN PRESIDEN ITU BAGI KAMI SEGALA IDEA YANG DILONTARKAN OLEH PRESIDEN 100% MENYOKONG. LAGI PUN CADANGAN SAJA KAN

Sekian.

4 comments:

ASM said...

Assalamualaikum wbr,

Terimakasih di atas penjelasan dari Wakil Exco Pemuda Serdang mengenai 'Usul Kerajaan Perpaduan'.

Berikut adalah penjelasan ringkas saya :

1. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menyentuh isu kerajaan perpaduan dalam ucapan perasmian saya. Tetapi setelah diminta oleh TYDP Kawasan utk bercakap mengenai konsep unity govt. ini, maka saya pun memenuhi permintaan beliau.

2. Ucapan saya jelas. Saya tegaskan bahawa 'kerajaan unity' BUKAN bermaksud 'PAS bergabung dengan UMNO atau BN'. Kerajaan unity adalah semua parti termasuk(sekali lagi saya tulis SEMUA PARTI) dalam negara kita diberi peranan dalam kerajaan. Sekiranya mana2 parti dalam Pakatan Rakyat tidak bersama, maka Kerajaan Unity tidak akan wujud. Sekali lagi saya tulis - BUKAN PAS MASUK UMNO ATAU BARISAN NASIONAL. Titik. Period.

3. Persoalan samada UMNO atau BN menerima atau menolak konsep unity govt ini juga saya jelaskan dalam ucapan saya.

4. Kenapa dan apa perlunya idea unity govt ini timbul juga telah saya jelaskan dalam ucapan saya.

5. Saya ditanya selepas daripada ucapan saya samada konsep kerajaan unity ini di teruskan selepas perubahan kepimpinan dari Pak Lah ke Najib. Jawapan saya kepada sahabat yg membuat usul adalah TERANG dan JELAS iaitu - "atas arahan TGuru Presiden, tak perlu teruskan usul kerana idea unity govt ini ditawaqqufkan" (setelah perubahan kepimpinan negara berpindah kepada Najib).

6. Tidak ada percanggahan antara kenyataan TGuru Presiden dengan TGuru Mursyidul Am. TGuru Mursyidul Am tak setuju PAS bergabung/ masuk BN, TGuru Presiden juga TAK SETUJU PAS masuk BN.

Sekian. Terimakasih.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Anonymous said...

Pemuda tak perlu apogetik sangat. Kalau berbeza pandangan dengan YDP atau Presiden, itu perkara biasa. Kenapa ditakutkan sangat. Cumanya bentuk perbezaan dan luahan pandangan itu mestilah mengikut adab jamaah. Dan saya pun pelik juga bila SUP TG Presiden masih meneruskan isu ini. Samada PAS masuk BN atau UMNO bukan isunya. Yang isunya adalah pandangan pribadi Presiden belum dibincangkan dalam mana-mana peringkat. Setelah dibincangkan, AJK PAS pusat sendiri mahukan perkara ini dihentikan dengan Najib sebagai PM!

Anonymous said...

Saya stuju dengan anon april 15, 11.08am. apsal plak nak dikaitkan cadangan kerajaan perpaduan dengan isu wala atau tidak kpd Presiden.

Kalau dah jadi keputusan, barulah kena wala'. Ni baru diperingkat usul atau cadangan. Kena matanglah sikit. Jangan sentimen tak tentu pasal.

Anonymous said...

Rileks bro, usul tidak terima satu benda biasa. Tapi yang penting jamaah kita utamakan. Perpaduan!!!! Tapi bukan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Itu kita buang dalam tong sampah. Sapa-sapa yang kempen ke arah itupun kita buang dalam tong sampah.

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...