No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, July 7, 2009

3.7 juta tidak mendaftar, SPR perlu proaktif
Salmiyah Harun
Mon | Jul 06, 09 | 11:09:08 am MYT

KUALA LUMPUR,6 Julai (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran bertindak proaktif dalam memastikan setiap rakyat negara ini yang layak mengundi mendaftar sebagai pemilih.

Iklan

Ketua Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Jaafar mencadangkan agar suruhanjaya itu mengambil inisiatif menghantar surat sebagai peringatan kepada setiap pendaftar pemilih untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Mengapa SPR tidak boleh mengambil pendekatan seperti mana Jabatan Latihan Khidmata Negara yang menghantar surat kepada perserta bahkan mereka yang ingkar arahan pula akan dikenakan tindakan undang-undang, kenapa SPR tidak?"soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas seramai 3.7 juta rakyat negara ini tidak mendaftar sebagai pemilih, Firdaus tidak menafikan golongan muda pada hari ini mungkin melihat apa yang berlaku di hadapan mereka tidak memihak kepada mereka hatta dalam pilihan raya sekali pun.

Jelas Firdaus, kesedaran di peringkat umur minimum pemilih iaitu 21 tahun tidak dirasai dan ditunggu-tunggu oleh golongan muda.

"Pada umur 21 tahun mereka tidak teruja untuk mendaftar pemilih, tidak seperti pada umur 15 dan 17 tahun golongan muda ini tidak sabar-sabar untuk mengambil lesen motor dan kereta," katanya.

Bagaimanapun Pemuda PAS katanya, akan berusaha memastikan setiap anak ahli PAS akan mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya ke-13 nanti.

"Pastinya kesedaran generasi muda yang cintakan demokrasi untuk membuat perubahan dalam pilihan raya ke-13, inilah masanya mereka bertindak bersama-sama Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan,"katanya.

Baru-baru ini, SPR melahirkan kebimbangan apabila seramai seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi

Menurut, Setiausaha SPR, Dato' Ngah Senik masih ramai golongan muda berusia antara 21 dan 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.

"Berdasarkan jumlah pemilih yang dikemas kini SPR sehingga 31 Mac tahun ini, hanya 11 juta rakyat yang didapati menjalankan tanggungjawab masingmasing dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih apabila tiba kelayakan umur 21 tahun.

"Jumlah itu agak besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan demoraksi negara," kata beliau. - mks. _

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...