No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, September 4, 2009

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN AMAL KEPADA FAKIR MISKIN

Merujuk perkara di atas, Unit Amal Kawasan Serdang akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Amal tahunannya yang ke 5 pada :-

TARIKH : 12hb Sept. 2009 / 22 Ramadhan 1430H
HARI : Sabtu, Jam 5.30 ptg hingga Solat Tarawikh.
TEMPAT : Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami amat memerlukan sumbangan dan sokongan daripada Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan program ini. Maklumat lanjut mengenai program ini dilampirkan.

2. Majlis ini dirancang bagi membantu golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Diharapkan sumbangan ini akan meringankan sedikit beban dan tekanan yang dihadapi bagi mengharungi ibadah puasa dan menyambut aidil fitri pada tahun ini. Sumbangan Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah disalurkan ke akaun Bank Muamalat : 12100000020718. Nama Akaun : Unit Amal Serdang Atau terus kepada agen kami. (Nota: Jika Bank-in terus ke akaun, sila sms jumlah sumbangan ke 013-3638120)

3. Besar harapan kami kiranya Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sedikit sumbangan, perhatian dan sokongan terhadap program ini. Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan kami mendoakan semoga ia diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih, wassalam.
“ Beramal Kerana Allah”



……………………………………
AZMAN BIN SHAFII
SETIAUSAHA,
JABATAN AMAL SERDANG

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...