No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Thursday, February 25, 2010

Pemuda PAS adakan dialog dengan kedutaan asing

Rusli Yasmin & Haris Zulkifli
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Pemuda PAS meningkatkan peranannya dalam pembinaan dasar luar parti apabila berjaya mengadakan majlis dialog dengan wakil-wakil kedutaan asing di sebuah hotel dekat sini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar al-Hiss berkata, program itu bertujuan antaranya untuk mengikis dan menghapuskan prasangka buruk negara-negara luar tentang Islam dan PAS secara khususnya.

Selain itu, katanya ia juga sebagai usaha mengukuhkan hubungan luarnya sebagai persediaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia pada masa akan datang.

Ketuanya, Nasrudin Hasan dalam ucapannya berkata, majlis itu sangat penting untuk menunjukkan bahawa Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan semua negara di dunia atas nama keamanan, keselamatan dan menyertai kepentingan bersama dalam politik, sosial dan ekonomi.

"Kami juga mendokong prinsip keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa dan turut mendokong keadilan dan ketelusan undang-undang dan sistemnya.

"Ini juga adalah sebagai memberi jawapan kepada umum bahawa PAS bukan parti ekstrimis seperti yang digambarkan oleh sesetengah media Barat," katanya.

Beliau turut menyatakan ketegasan Pemuda PAS menentang undang-undang drakonian dan primitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diamalkan dalam negara Malaysia.

"Sekaligus usaha Pemuda PAS ini memberi persepsi yang positif kepada orang lain bahawa PAS dipandang sebagai parti yang penting dalam politik Malaysia," ujarnya.

Menurut beliau, politik Islam yang diperkenalkan oleh PAS sangat menentang kezaliman dan sangat mementingkan ukhuwah dan hubungan persaudaraan sesama manusia.

Lebih 20 orang wakil kedutaan menghadiri program itu, antaranya kedutaan Amerika Syarikat, Iran, China, Itali, Finland, Kesatuan Eropah, Britain dan Poland.

No comments:

Pakatan Rakyat

Loading...

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...