No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, April 6, 2010

Mungkin ada yang pernah baca posting2 di bawah tapitakpelah untuk bacaan bagi yang masih belum baca.

Sumber: Pelbagai....

YM TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENZIARAHI MANGSA KEBAKARAN DI PULAU MELAKA

Bersolat Zohor diimamkan oleh YAB Tok Guru di Masjid Pulau Melaka. Tok Guru baru keluar hospital semalam dan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kemudiaannya kembali bertugas. Alhamdulillah, Tok Guru semakin sihat. YM Tengku Faris pula seperti rakyat biasa, berbahasakan diri baginda sebagai 'AMBO' saja. Datang melawat dengan memandu sendiri jip baginda.

Tazkirah Tok Guru selepas solat Zohor berjemaah. Tak ramai yang tahu tentang kedatangan YM Tengku ke Pulau Melaka.


Bertanyakan sesuatu kepada Tok Guru semasa melawat tapak kebakaran. Mungkin ada yang baginda inginkan kepastian dan mungkin baginda menghulurkan simpati.

YM Tengku Mahkota memandang sayu keadaan rumah-rumah rakyat yang musnah sama sekali dijilat api.
.


Baginda berpesan sesuatu kepada sekalian yang hadir. Baginda sampai sekitar jam 1.30 petang, solat Zohor kemudiannya melawat tapak kebakaran, sungguh pantas masa berlalu. Kami bangga dengan Tengku Mahkota kami yang dekat dengan rakyat. Terima kasih Tengku kerana sudi datang. Kelihatan YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, ADUN Panchor hadir sama.Pemudapc mengucapkan takziah di atas kejadian ini khususnya kepada kak ni dan ust Hakimi sekeluarga............(di petik dari:dmppc05-08.blogspot.com)


Pemergian Allahyarham Tok Guru Haji Lah...Putera Mahkota Turun Mencemar Duli


Saya mendapat berita keberangkatan Putera Mahkota, Raja faris untuk menziarahi Allahyarham. Saya bersegera keluar dari rumah Allahyarham, untuk meyambut ketibaannya. Saya sungguh terkejut susuk tubuh berjubah putih dan berkopiah koko itu rupanaynya Putera Mahkota. Penampilan yang begitu sederhana ditambah lagi dengan sikapnya yang suka memandu sendiri tanpa ada pengawal disebelahnya. Kedudukannya sebagai orang istana tidak disangka-sangka oleh rakyat marhaen dengan penampilan sederhananya itu. Seketika saya berasa bangga dengan sikap seorang Putera Mahkota, ditambah lagi dengan kesudiannya menyedekahkan surah Yaasin kepada Allahyarham Tuan Guru. Kata orang, Raja faris rapat dengan Allahyarham. Syukurlah, Kelantan mempunyai raja yang ditarbiah sendiri oleh alim-ulama'.


Saya sungguh terkesan dengan dialog Raja Faris dengan keluarga Alllahyarham:


"Tok Guru (menteri besar) ada mari ke?"

"Kito akan mari pulok petang ni untuk sembahyang jenazah"
"Malam jumaat ni buat la tahlil, kito nok mari, InsyaAllah"


Di atas adalah lafaz-lafaz dialog Raja Faris menggambarkan betapa baginda seorang yang berjiwa rakyat.
Dari:sisyahid.blogspot.com


Lawatan Ke bawah Duli Tuanku Al Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan ke Masjid Pondok Sungai Durian


Al Sultan dan Tengku Mahkota menerima mengadap rakyat jelata selepas selesai solat jumaat di masjid Pondok Sg Durian

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...