No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Saturday, May 8, 2010

Ahmad Lutfi tabah hadapi dugaan bertarung nyawa untuk kehidupan kedua!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Sudah dua [Picture+188.jpg]kali Ahmad Lutfi Othman (ALO) menghadapi pembedahan angioplasty disebuah hospital swasta yang cukup terkenal di ibu kota, namun kedua-duanya tidak memberikan sebarang perubahan yang mem beransangkan kepada tiga saluran jantungnya yang tersumbat.

Tubuh yang menjengah usia setengah abad itu mula longlai dan kurang bermaya, apatah lagi bila menghadapi rutin kerja yang agak berat kerana terpaksa memeriksa bahan-bahan untuk suntingan akhir penerbitan Harakah.

Dua kali seminggu bermakna, empat hari ALO perlu berjaga hingga lewat pagi hingga jika bahan-bahan terpaksa dirombak, maka ALO mungkin terpaksa berjaga hingga jam 5 atau 6 pagi.

Begitulah rutin yang menyesakkan sistem tubuhnya yang membuatkan keperitan kesihatan semakin berada pada tahap yang membimbangkang.Seringkali beliau mengadu pada rakan-rakan akan kesesakan itu, namun apakan daya akhbar perlu diterbitkan juga, baka kata beliau "perjuangan jidah mata pena perlu diteruskan".

Sms yang diterima penulis dari ALO pada 26 April 2010 "Baru lepas berdoa dengan semua keluarga dari kampung di Wad (Wad Sutera Hospital Pakar HUKM) jam 6.30 pagi turun bilik untuk berdoa, start operate lepad jam 8...doakan tuan" .

Semakin sebak rasanya hati.Baru sahaja bertemu beliau pada Jumaat sebelumnya ketika penulis, Pengarang, Mohd Rashidi Hassan dan Khairul Hartimi mengiringi keluarganya menghantar beliau untuk masuk ke wad di HUKM.

Malah ketika mula melangkah ke wad, berulang kali beliau menitiskan airmata sedih tatkala Rashidi dan penulis memeluknya sebelum kami beredar pulang.

Terbayang sebelum beliau masuk ke wad akan kelainan sikapnya, seolah-olah seperti mahu menghadapi hari-hari kematian dan seolah-olah peluang untuknya hidup semakin sukar dengan pembedahan koronari bypass yang bakal dihadapi 26 April 2010.

Pelbagai majlis diadakan ALO, kenduri doa selamat, solat hajat dan tazkiran kematian yang dimintanya untuk dibacakan dihadapannya oleh Ustaz Zainuddin Hashim pengarang ruangan agama Harakah.

Tanggal 26 April, tepat jam 1.00 penulis dan Mohd Rashdi serta Khairul bergegas ke HUKM, untuk mengetahui status pembedahan bypass yang dilakukan ke atas ALO oleh Proff Zamrin yang mengetuai operasi tersebut.

Tiba di HUKM jam 1.30, kami bergegas untuk berjumpa dengan ahli keluarga ALO termasuk Dinsman dan rakan-rakan penulis veteran seperti Kassim Mohammad (Paksi) serta sanak saudaranya yang menanti di luar ICU.

Kami bertemu dengan Kak Siti Hawa Samsam isteri ALO yang keluar dari bilik ICU bersama Lokman anaknya.Alangkah lapang dada apabila mendengar pembedahan ALO berjaya.

Sebujur tubuhnya yang lemah terbaring dengan wayar-wayar berselirat melingkari tubuh dan mukanya, sebaik penulis menjengah masuk ke ICU.Jururawat yang menjaganya memberitahu penulis dan Khairul, ALO baharu sahaja diberi ubat untuk terus tidur.

Dua tiga hari berlalu, ALO dilaporkan akan keluar dari ICU.Penulis dan Khairul sekali lagi ke HUKM untuk membawa buah tangan yang dikirim ALO untuk diberikan kepada kakitangan hospital berkenaan yang menjaganya.

Sebaik tiba di HUKM pada 3 Mei jam 4.00 petang, kami bergegas ke Awd Sutera yang menemparkan ALO.Kelihatan Kak Siti dan ALO sedang bersembang mesra.

ALO menceritakan detik-detik beliau sebelum menghadapi pembedahan.Bagaikan subuh terakhir begitulah katanya kepada kami sebaik memulakan perbualan menceritakan kembali detik sukar dalam hidupnya.

"Saya malam tu tak berapa lena, susah nak tidur sebab ramai sanak saudara yang hadir, saya rasa macam pelik sangat.Orang kata kalau nak tahu orang nak mati ni, dia ada tebiat atau perangai pelik sebelum dia mati, saya pun duk kira apa tabiat pelik hak saya dah buat, katanya dengan nada suara yang cukup perlahan dan tersesak nafasnya.

Kata ALO lagi, sebaik jam 4 pagi, beliau terjaga dari lena, mula mengambil wudhu dan berdoa serta solat sunah taubat."Masa itu saya mula terfikir manalah tahu jika inilah subuh terakhir untuk saya.

"Tetapi teringat saya untuk mencari apakah amalan dan perbuatan saya yang paling ikhlas untuk Allah memberikan saya pengampunan sebaiknya untuk saya hidup dalam peluang hidup kali kedua sekiranya pembedahan berjaya," sambung ALO sebak.

"Selesai Subuh saya berdoa lagi bersama keluarga dan sebaik dibawa ke dewan bedah, saya dah mula tak memikirkan apa sahaja hal yang di luar, hanya berserah kepada Allah sahaja," katanya lagi.

Sebaik pembedahan mahu dimulakan, pakar bius memulakan tugasnya untuk melenakan ALO, dan sedang dalam separuh sedar akhirnya ALO terbujur bagaikan tak benyawa.

Lebih empat jam operasi yang diketuai Proff Dr Zamrin dilakukan ke atas ALO.Dan sebaik selesai pembedahan, ALO dihantar ke ICU untuk kawalan rapi."bagaikan berada di Zon Perang dan melihat seolah-olah mayat yang bergelimpangan dihadapan mata saya di ICU,itulah yang dapat saya bayangkan bagaimana hari-hari yang saya lalui di ICU sebelum saya dibawa ke wad semula," katanya.

"Teman sebelah bilik saya (seorang berketurunan India) sejak bedah dia duduk di ICU seminggu sebab komplikasi yang agak berat sedangkan masa dia masuk dia sihat sahaja," ALO sempat menceritakan pengalaman melihat seorang lagi yang mempunyai maslaah jantung sepertinya melalui detik sukar dalam hidup.

"Alhamdulillah tuhan memberikan kehidupan kedua pada saya, banyak janji saya pada Allah yang perlu saya tunaikan," katanya syahdu.

ALO perlu berehat selama paling tidak empat atau lima bulan sebelum benar-benar boleh berjalan dengan baik.Namun beliau bimbang dengan tahap kencing manis yang dihadapinya.Kaki kirinya membengkak semacam ada 'air jernih' yang membengkak menggelembung membuatkan ALO rimas dengan keadaan itu.

"Ramai pimpinan yang datang jenguk saya, Dato' (Dato' Kamaruddin Jaffar) ada datang dengan Sharini, Ustaz Badrol Amin ada datang, dia siap berdoa untuk saya, syahdu rasanya.Mahfuz ada datang dengan Paqaq, ramai lagilah yang datang, tapi dalam sehari saya rasakan kalau ramai sangat yang datang saya macam nak lemas," katanya lagi.

Sebelum berangkat keluar dari wad sutera, kami bersalaman dengan ALO."Terima kasih Wan, Khairul".....

Jam 8.00 malam, ketika penulis masih berada dalam bas Seremban-KL, penulis menerima SMS dari ALO "Ana dah sampai rumah, tadi lewat sikit keluar sebab bayar bil.Cuma ana rasa penat sangat nak berehat, terima kasih".

Begitulah detik yang dilalui bekas tahanan ISA ini.Sejak berjuang dalam alam mahasiswa di UTM lagi, perjalanan hidupnya penuh dugaan yang sangat hebat.
Namun perjalanannya untuk kembali pulih akan memakan masa yang agak panjang.Begitupun dibibirnya tak putus menyatakan 'terima kasih Allah kerana memberikan peluang hidup kedua padanya".

Minatnya terhadap perjuangan jihad mata pena tetap menjadi keutamaan setelah beliau kembali sihat seperti sediakala .

Ramai yang ternanti-nantikan catatan hujung beliau yang akan dibuatnya senbaik beliau benar-benar sembuh dan boleh menulis kembali.Kepada rakan-rakan, para peminat dan pembaca Harakah, sama-sama kita doakan ALO segera sembuh dan kembali dalam alam 'perang massa'.

Alhamdulillah berkat doa ramai, kenalan, sahabat-sahabat, pembaca Harakah, peminat setia dan ahli PAS seluruh Malaysia ALO kembali ke medan dakwah lagi.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...