No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, May 3, 2010

Surat Nabi Muhammad Kepada Pemerintah

Dalam buku Sirah Nabawiyah yang ditulis oleh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri terdapat beberapa contoh surat Nabi Muhammad kepada pemerintah-pemerintah negara.

Nabi Muhammad menghantar surat-surat itu dengan misi yang besar. Tujuannya adalah untuk mengajak pemerintah negara tersebut supaya masuk Islam.

Di sini saya berikan contoh surat Nabi Muhammad kepada Raja Muqawqis:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya kepada Muqauqis raja Qibthi. Salam sejahtera bagi orang yang mengikut petunjuk.

Aku mengajakmu dengan ajakan Islam. Masuklah Islam maka engkau akan selamat. Masuklah Islam maka Allah akan memberikan kepadamu pahala dua kali ganda. Jika kau menolak maka ke atasmu dosa penduduk Qibthi.

Wahai Ahli Kitab marilah kepada satu kalimah atau ketetapan yang tidak wujud padanya perbezaan antara kami dan kamu. Kalimah itu ialah kita tidak sembah Tuhan selain Allah dan kita tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun. Dan jangan pula sebahagian kita menjadikan orang lain untuk dipuja-puja dan didewa-dewakan sebagai Tuhan selain daripada Allah.

Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang orang Islam yang berserah diri kepada Allah.”

Belajar Dari Nabi Muhammad

Mari kita sama-sama cuba ikut cara surat tersebut ditulis. Ada beberapa adab yang kita boleh belajar. Pada gambar di bawah saya cuba konstruk cara surat tersebut ditulis.

Pertama surat tersebut ditulis dimulakan dengan basmalah. Jadi, apabila menulis emel mulakan dengan basmallah atau sekiranya tidak mahu tulis, baca saja bismillah sebelum menulis emel tersebut.

Kedua, perkenalkan diri. Dalam emel, kita memang sudah sedia memperkenalkan diri pada nama yang kita tulis pada emel. Contoh di bawah:

Jadi seeloknya gunakan nama yang betul pada emel kita.

Ketiga, beliau mendoakan kesejahteraan penerima surat itu. Jadi mulakan emel dengan doa. Maka tulislah doa yang baik buat mereka yang membaca emel kita tersebut. Doakan semoga pembaca emel itu dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki dan lain-lain.

Selepas itu barulah kita menulis tujuan kenapa emel tersebut dikirimkan. Sekiranya kita ingin meminta kerja, maka nyatakan tujuan tersebut.

Keempat, gunakan bahasa dan tutur kata yang sopan. Tulis setiap perkataan tanpa singkatan. Semakin mudah emel tersebut dibaca, semakin senang si penerima emel untuk respon.

Itulah empat adab yang boleh kita tiru dan ambil daripada surat Nabi Muhammad. InsyaAllah, si penerima surat akan terbuka hatinya dan suka untuk respon emel kita.


Credit to: http://www.azree.com/

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...