No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, August 27, 2010

'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Abdul Rahim Sabri
Ogos 27, 10
1:32
Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu dianggap kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Lawatan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya.

Ketika dihubungiMalaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

1 comment:

Wes said...

hmm.. aku tak tau la.. pandai betul DAP (orang kafir) ni punya strategi nak pecah belahkan Islam kat Malaysia ni.. Diaorang ni macam Yahudi, strategi cukup kemas dan tersusun, memang alasan nak bagi bantuan kepada surau. Yang kita ni dek kerana sumbangan yang tak seberapa sanggup bercakaran. Kalau kat Indonesia dek kerana secupak beras agama Islam sanggup digadaikan.

Akhir sekali orang Islam yang berpecah belah. Yang ni kata boleh & yang ni kata tak boleh walaupun dengan hujjah & dalil yang kuat.

Aku menyeru mari kita sama-sama buat Solat Istiharah untuk Allah bagi kita petunjuk jalan kebenaran, rak kira pemerintah atau pembangkang yang betul. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Aku tak menyokong mana-mana parti BN atau PR tapi demi kepentingan agama Islam yang semakin berpecah belah dek strategi yang begitu halus dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nak tengok kita berpecah belah, satu demi satu isu dimainkan sehingga kita berpecah belah, di depan kita mereka simpati, di belakang kita mereka senyum dan hati berkata 'PADAN MUKA KO ORANG ISLAM'.

Wahai Umat Islam, sedarlah dan bangkitlah dari tidur. Kita sekarang sedang dilagakan, saling caci-mencaci.

Akhir sekali aku ada satu Hadith yang perlu kita semua renungkan, Hadith tersebut berbunyi begini:

Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat Allah; dan apabila mereka caci-mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Riwayat al-Tirmizi).

Wahai umat Islam kat Malaysia, sedarlah kita sekarang ini sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir (aku tak kata DAP sahaja). Bersatulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Wallahua'lam..

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...