No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, October 5, 2010

Dato Onn? Tunku dan Tun Hussein semua di luar UMNO macam mana pulak?

Tiada penghargaan untuk Anwar pada majlis untuk bekas ketua sayap Umno

October 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pemuda Umno tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas ketua pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap Umno itu di sini Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar yang telah menyertai pembangkang.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Penolong Setiausaha Wanita Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri Umno Nor Azita Abdul Rahman di sini hari ini, beliau berkata antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pembangku Ketua Pemuda Umno.

“Penghargaan itu akan disampaikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada bekas Ketua Pemuda sendiri atau waris mereka,” kata Megat Firdouz.

Pada majlis yang sama Wanita Umno dan Puteri Umno juga akan memberi penghargaan kepada bekas ketua masing-masing.

Rosni pula berkata, majlis rumah terbuka itu yang pertama kali diadakan secara bersama oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, adalah dari 11 pagi hingga 5 petang dan akan diadakan di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebanyak 14 gerai akan dibuka pada majlis itu mewakili setiap negeri yang menyediakan menu dari negeri masing-masing. Seramai 10,000 orang dijangka hadir. — Bernama



No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...