No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, November 15, 2010

Boleh puasa Arafah pada 16 November ini

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia boleh melakukan ibadat puasa Arafah pada 16 November ini bersamaan 9 Zulhijjah 1431H, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Menurutnya, ini kerana 1 Zulhijjah jatuh pada 8 November manakala 10 Zulhijjah 1431H, Hari Raya Korban pula pada 17 November depan.

Sumber: Harian Metro

*************************

Ummul Mukminin Aisyah r.ha berkata:

“Sesungguhnya hari raya Adha itu adalah hari di mana Imam (pemerintah) melakukan korban dan jamaah manusia”. (Ahkam Ikhtilaf fi Rukyati Hilal Zil Hijjah, Ibn Rajab al-Hanbali, m.s 34-35, hadis Sahih).

Rasulullah SAW bersabda:

1. “Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

2. “Tidaklah ada suatu hari yang mana Allah membebaskan manusia pada hari itu dari api neraka, yang melebihi banyak dari yang Allah bebaskan pada hari arafah.” (HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah)

3. Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding hari Arafah, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar). Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: (Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat). (Dikeluarkan oleh Abd Ar-Razzaq di dalam Musonnaf beliau, dengan no. 8832, serta Imam Malik di dalam Al-Muwatto’]

“Allah berjanji hendak mengampunkan dosa. Hakikatnya., tawaran keampunan itu lebih besar harganya dari tawaran ganjaran. Hal ini kerana, pahala akan terhapus dengan dosa kita. Tetapi apabila dosa dipadamkan, itu tidak pula mengurangkan pahala kita.Dan yang lebih besar dalam hal ini, Allah menjanjikan syurga.”- Hilal Asyraf

A Muslim pilgrim prays on Mount Mercy on the plains of Arafat outside the holy city of Mecca November 26, 2009. More than two million Muslims gather this week for the annual haj pilgrimage to Islam's holy city of Mecca. The haj is one of the world's biggest displays of mass religious devotion and a duty for Muslims who can perform it.

Reuters Pictures logoREUTERS PICTURES 11 MONTHS AGO

A Muslim pilgrim prays on Mount Mercy on the plains of Arafat outside the holy city of Mecca November 26, 2009. More than two million Muslims gather this week for the annual haj pilgrimage to Islam's holy city of Mecca . The haj is one of the world's biggest displays of mass religious devotion and a duty for Muslims who can perform it.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...