No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, September 26, 2011

Sejarah Yang Mengelirukan


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI


SELANGOR: SEJARAH YANG MENGELIRUKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merasa cukup kesal apabila dikatakan telah mengecap nikmat KEMERDEKAAN selama 54 tahun, kini muncul pernyataan daripada orang yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai seorang yang arif dalam bidang sejarah negara menegaskan bahawa Negara Malaysia selama ini tidak pernah dijajah oleh pihak British melainkan hanya dinaungi oleh kuasa besar tersebut.

Inilah sebabnya mengapa UMNO/BN begitu takut apabila diminta supaya sejarah negara ini dikaji semula kerana rakyat akan dapat mengetahui penipuan dan penyelewengan fakta berkenaan sejarah Malaysia yang telah ditutup oleh mereka selama ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyelar dan mengutuk sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN kerana selama ini telah menipu dan memutarbelitkan fakta sejarah negara kepada seluruh rakyat Malaysia semata-mata untuk mereka mengekalkan kuasa pemerintahan yang ada.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam Datuk Khoo Kay Kim dan Datuk Zainal Kling yang selama ini dihormati masyarakat kerana keilmuan mereka sanggup memendamkan fakta berkaitan dengan sejarah negara dan hanya bersuara apabila isu pensejarahan Malaysia ini menjadi isu yang panas dalam negara.

Sebagai orang yang berilmu dan dianugerahkan kedudukan berdasarkan keilmuan mereka, sepatutnya merekah yang mendepani di dalam setiap kepincangan fakta yang berlaku di dalam sejarah negara dan bukan membiarkan kesilapan fakta sejarah ini terus dimomokkan sebagai teks subjek sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya sekiranya isu berkenaan sejarah Malaysia ini tidak ‘meletup’ maka sudah pasti ianya akan terus didiamkan sehinggalah ke hari kiamat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pengkhianatan UMNO/BN terhadap penyelewengan sejarah negara ini tidak boleh dimaafkan lagi dan UMNO/BN perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekiranya UMNO/BN masih mempunyaia maruah dan harga diri, maka sudah sepatutnya UMNO/BN berundur daripada pentas politik Malaysia kerana selama ini UMNO/BNlah yang telah merosakkan sistem pemerintahan negara dengan pengamalan rasuah dan politik kotor, penolakan terhadap hukum Islam, penyalahgunaan kuasa terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti PDRM, SPRM, Institusi Kehakiman, SPR, JPN dan pelbagai lagi, penindasan terhadap musuh-musuh politik, ‘menjual negara’ dengan pemberian taraf warganegara secara berleluasa dan pelbagai lagi kezaliman dan kejahatan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh mereka untuk mempastikan mereka terus berkuasa.

Rakyat sering diajar supaya melihat kembali kepada sejarah supaya dapat mengambil pengiktibaran dan bermuhasabah darinya, oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengajak supaya rakyat bangkit menolak pembohongan UMNO/BN selama ini yang mendakwa bahawa merekalah pejuang kemerdekaan sebenarnya sedangkan menurut ahli sejarah, Malaysia tidak pernah dijajah dan UMNO/BN waktu itu adalah semestinya ‘balaci’ yang mengikut telunjuk dan ‘mengipas’ punggung British.

UMNO/BN PENIPU, PENGKHIANAT NEGARA.
BANGKIT TOLAK UMNO/BN KERANA MALAYSIA LEBIH SELAMAT, AMAN DAN STABIL TANPA MEREKA.


MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap
PENGERUSI LAJNAH POLITIK DAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

12 September 2011

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...