No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Saturday, October 1, 2011

Himpunan Perdana: Perwira Negara Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunanan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya pada 2 Oktober in jam 9.00 malam.

Himpunan ini bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia. Ianya akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat brhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia, kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan. Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen. Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM 1500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan. Kementerian ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go" untuk kepentingan semasa. Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 Ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera,"katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera. Usaha itu, bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab keatas Felda.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...