No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, October 14, 2011

Jangan Hanya Sandiwara Sahaja

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


JANGAN HANYA SANDIWARA SAHAJA


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan tindakan yang akan diambil oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempamerkan 40,000 nama yang telah ada di dalam daftar pemilih yang belum dapat dikenalpasti identiti sebenar mereka di laman web dan media supaya mendapat maklumbalas maklumat yang sahih dan tepat. Cuma pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup terkilan dengan sikap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sebelum ini sering berdolak-dalik berkenaan dengan isu yang cukup serius ini. Sebelum ini Abdul Aziz menafikan adanya pemilih yang diragui status pemilih mereka di dalam data SPR seperti yang telah didedahkan oleh pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini. Kini terbukti sudah kebenaran seperti yang didakwa dan mungkin angkanya melebihi daripada 40,000 nama seperti di dakwa oleh SPR.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap semoga pihak SPR berlaku telus dan bersungguh-sungguh untuk melakukan pembersihan daftar pemilih ini. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak mahu SPR hanya membuat kenyataan retorik yang hanya bertujuan untuk ‘mengaburi’ mata rakyat bagi menunjukkan kesungguhan SPR melaksanakan reformasi pilihanraya di dalam negara ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengarahkan supaya seluruh jentera Pemuda di semua peringkat untuk melakukan siasatan dan mengenalpasti penama-penama yang akan dipamerkan oleh pihak SPR bagi mempastikan penama-penama tersebut adalah sebenarnya orang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih di dalam negara ini dan bukannya ‘orang samaran’ yang diciptakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya para pimpinan PAS di semua peringkat, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat serta sekalian rakyat Malaysia supaya melakukan semakan terhadap status diri sendiri sebagai pemilih berdaftar di dalam daftar pemilih kerana pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mendapat maklumat ada usaha yang dilakukan oleh pihak SPR untuk ‘mengeluarkan dan menghilangkan’ nama-nama pengundi yang telah berdaftar dan pernah mengundi sebelum ini secara tidak sah dan tanpa pengetahuan mereka melalui operasi pemutihan daftar pemilih ini.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan supaya Pemuda di peringkat Kawasan bersama-sama PAS Kawasan memainkan peranan menyediakan perkhidmatan semakan status pengundi kepada masyarakat setempat di pejabat masing-masing secara serius untuk mengelak kejadian kehilangan pengundi daripada daftar pemilih sediada dan mengambil tindakan susulan sekiranya berlaku kes kehilangan tersebut kepada peringkat Negeri dan Pusat.


MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

14 Oktober 2011





No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...