SEKAPUR SIREH KETUA PEMUDA
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w , para sahabat dan para pendokong perjuangan Islam hingga ke akhir zaman.
Sidang Muktamar sekalian,
Setahun baru berlalu semenjak saya mengambil alih amanah menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) daripada mantan pemimpin kita yang disegani, Ustaz Mohd Shafie Ngah . Dalam tempoh yang begitu singkat, dunia politik Malaysia dilanda tsunami sehingga mengubah lanskap politik negara kepada suatu pemandangan yang asing dan berbeza yang tidak pernah dilihat dalam sejarah negara.
Kesemua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12), baik pihak yang menang mahupun yang tewas, masih dalam kemelut menganalisa dan memahami sebab musabab dan kesan daripada ombak tsunami ini. Di sebalik kemusnahan , keruntuhan dan tinggalan puingan struktur dan jaluran geo-politik yang lama terbuka ruang dan peluang yang luas untuk kita bina satu tamadun politik, pentadbiran, pengurusan dan pemerintahan yang lebih menepati kehendak dan tuntutan agama Islam.
Pelbagai rancangan dan strategi yang diatur dan direncana oleh kita dalam menghadapi PRU-12 tidak mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kita sendiri. Maka kita harus segera sedar bahawa kemenangan diluar jangkaan yang kita kecapi ini adalah anugerah Allah S.W.T kepada kita.
Perubahan suasana politik dengan kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita di bumi Selangor khususnya ini, menuntut kita untuk meneruskan perjuangan dengan lebih giat , kemas, rancak dan teratur.
Saya mengambil kesempatan daripada ruangan kecil ini menyeru kepada pemuda PAS di Kawasan Serdang untuk turut bersama-sama berganding bahu dengan saf kepimpinan DPPKS dalam memikul tanggungjawab dan amanah besar yang telah `diletakkan’ oleh Allah S.W.T ke atas bahu kita, hasil daripada ombak tsunami yang melanda.
MENDOKONG KEPIMPINAN MENGISI KEMENANGAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SERDANG

No comments:
Post a Comment