No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, June 27, 2008

Petikan Daripada KLPOS


Pemuda PAS Selangor sangkal Mat Taib
Cetak E-mail
Oleh Ariffuddin Ishak, Mstar
Jumaat, 27 Jun 2008

PJ: “Itu pandangan naif dari seorang veteran dalam politik,” kata Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berhubung kedudukan Pas Selangor dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya Sallehen menasihatkan pemimpin Umno itu memperkukuhkan dahulu kepimpinan dalaman Umno sebelum membuat percaturan mengenai kedudukan Pas.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online bagi mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Muhammad yang tidak menolak kemungkinan Pas Selangor akan keluar dari PR di negeri itu berdasarkan masalah dalaman serta salah faham antara parti-parti yang berkaitan.

“Saya melihat kelantangan kami (Pas) menyuarakan pendapat kepada kerajaan negeri adalah sesuatu yang dinamik.

“Inilah demokrasi yang diamalkan PR kerana semua pihak berhak untuk menyuarakan pandangan yang berbeza,” katanya.

Beliau menyifatkan kebebasan bersuara secara terbuka yang diamalkan PR berupaya memperkukuhkan lagi kepimpinan PR di Selangor.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...