No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, September 5, 2008

Beberapa kawasan di DUN Selat Klang di landa ribut

Kira-kira pukul 3.00 petang 01hb September 2008 sementara penduduk Kg Sg Udang dan kampung di sekitarnya seperti Tmn Bertih dan lain sedang menunggu waktu berbuka puasa lagi 4 jam sambil hujan lebat, tiba-tiba ribut taufan bertiup dan menerbangkan bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok, memutuskan bekalan eletrik, memusnahkan harta benda dan banjir berlaku.
Pada saat itu saya berada di pejabat ADUN Sg Bertih dan baru bersiap untuk pulang apabila telefon mula tidak berhenti berdering.Bilik ADUN dijadikan bilik operasi dan kerja-kerja membersih dan membantu mangsa bermula. Mesyuarat diadakan dengan Tuan Pegawai Daerah, Lembaga Zakat Selangor dan agensi yang berkaitan. Sehingga kini, pejabat ADUN masih menerima aduan kerosakan. Jumlah pengadu kini mencecah 900 orang dan anggaran kerosakan setakat ini belum dikenalpasti.
Bagi pihak Kerajaan Selangor amnya dan DUN Selat Klang khasnya, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung kepada musibah ini. Antara agensi yang terlibat adalah Bomba, TNB, Telekom, JBAS, PBSM, Pejabat Daerah, MPK, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan lain-lain.
Kepada mangsa dan mereka yang terlibat dengan ribut taufan di atas, semoga ALlah memberi saudara kesabaran dan menggantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik lagi.Pihak DUN Selat Klang akan cuba sedaya upaya membantu saudara semua seboleh mungkin. Oleh itu, satu Gotong-Royong Perdana untuk membantu mangsa-mangsa ribut di jadualkan pada 6 & 7 September 2008 (Sabtu & Ahad).
Semua Para Sukarelawan di minta berkumpul jam 8.00 pagi di hadapan Pejabat DUN Selat Klang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azahari 012-2898674 atau Hj Mohd Azmi 019-2568820. Bagi Pemuda Serdang sila hubungi Anuar 019-3887045 @ Azman 013-3631820 Jika berminat untuk maklumat tarikh dan tempat berkumpul.
Sumbangan ikhlas dari para dermawan dan budiman di mana jua anda berada adalah sangat-sangat dialu-alukan. Semua sumbangan boleh di salurkan ke Akaun Bank Islam atas nama "TABUNG KABAJIKAN DUN SELAT KLANG" bernombor: 12010010080420.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
12C, Tingkat 3, Blok 1, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel/Fax : 03-55134180

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...