Rais saran pemilihan secara 'tender'
Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
"Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum,"
Gambar sewaktu'bakar jambatan' dengan UMNO dulu
''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada,"
Heh Dato' dulu pun dah ada orang kata dah...
Ghafar syor jawatan dalam Umno dilelong
"Kalau tiada jalan lagi menangani politik wang, lelong saja jawatan dalam Umno kepada pembida tertinggi. Ketua bahagian mungkin boleh bida RM50,000 manakala Naib Presiden pula RM5 juta.
"Lepas itu, kita siasat cara mana wang bidaan itu diperoleh. Duit bidaan itu boleh masuk ke dalam kantung Umno.,"
"Tun menyebut supaya UMNO dilelong. Boleh jelaskan lebih terperinci maksud UMNO dilelong?
Sekarang pun leong sudah berjalan, tapi dalam gelap. Siapa bayar lebih dia menang. Jadi apabila buat dalam gelap menimbulkan masalah, lebih baik buat terang-terang supaya bersih, orang dapat tahu dengan jelas ‘siapa bayar lebih dia menang’ tapi selepas bertanding BPR campur tangan, meyoal orang-orang ini dimana dapat wang, baru politik wang boleh dihapuskan."
Nak baca interview lanjut klik sini
Gambar sewaktu melawat TGNA. Lepas jumpa 1- 1 dengan TGNA keluar statement di bawah
"Apakah pandangan Tun dengan terciptanya Islam Hadhari?
Bagi saya Islam hanya satu sahaja. Iaitu Islam yang diturunkan Allah swt, itulah Islam saya. Sesiapa hendak tambah suka hati masing-masinglah."
No comments:
Post a Comment