No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891
Tuesday, November 25, 2008
keratan al Harakah bertarikh 29 Oktober 1990 iaitu seminggu selepas kemenangan besar PAS dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) di Kelantan. Ingat kata kata TG MB, sesiapa yang undi PAS pada tahun 1990 menyebabkan PAS boleh laksanakan Islam dapat pahala.
Bayangkan kalau kebaikan yang dilaksanakan di Kelantan dilaksanakan di 5 negeri Pakatan yang lain?
Sdr TMJ boleh bercerita lebih panjang dari laporan ni...
Mesyuarat Terakhir Pemilihan Calon Calon Mewakili PAS di Pejabat PAS Negeri. Ada antara mereka ( Ust Mawardi - Yang berjambang Adun Lundang cucu kepada Tuk Kenali) yang telahpun kembali ke rahmatullah. Ada yang masih lagi menyumbang kepakaran mereka (Ust Yahya Osman)
Perubahan suasana di bilik yang sama 18 tahun kemudian
Perarakan Calon - Perhatikan YB Fatah Haron (Besan TG MB merangkap Adun Bukit Tuku) dulu dan sekarang
Dr Sanusi Daeng Mariok duduk Sg Merab bertanding di Rantau Panjang.. Bukti teori Orang luar ditolak di Kelantan tak terpakai....
18 tahun dahulu 21 Oktober 1990.....
9 Mac 2008, lokasinya masih sama Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.Credit to http://www.daylife.com
Sidang Akhbar pertama mengumumkan pembentukan Kerajaan Angkatan. Pengumuman Cikgu Wan Rahim(sekarang MP Kota Bharu) sebagai SU Akhbar dan Hj Husam (takkan tak kenal kot..) sebagai SU politik kepada MB
Sidang Akhbar selepas kemenangan penggal kelima PAS di Kelantan
18 tahun kemudian..dah tentu banyak insiden pahit maung dengan Al Sultan hehe
Teringat kata kata TGNA, mesyuarat Exco kali pertama beliau minta Dato Halim SUK (kaca mata bersongkok) pengerusikan mesyuarat supaya beliau boleh belajar. Pembentangan belanjawan kali pertama beliau termenung/terdiam tak tahu nak baca macam mana jumlah hutang Kerajaan BN Kelantan pada pusat sebanyak RM 760000000 ....... banyak sangat kosong !!! Selepas 18 tahun, sebanyak RM 220000000 (anda kiralah sendiri hehe) telah dijelaskan dan Kelantan adalah antara negeri yang tidak pernah lupa membayar hutang mengikut jadual...
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
No comments:
Post a Comment