No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Wednesday, January 14, 2009

Cerita Dulu Dulu.....


Kita sambung lagi cerita dulu dulu. Kalau dulu saya ada membuat 'flashback' mengenai sejarah kemenangan besar PAS dan APU di Kelantan 18 tahun yang lalu. Kali ini sama sama kita tengok satu isu yang sejak dari awal pentadbiran Kerajaan Kelantan sampai sekarang PRK Kuala Terengganu isu ini tidak padam iaitu Isu Perlaksanaan Hukuman Hudud di Malaysia.


Jom kita 'flash back' Apa pun credit sekali lagi kepada Sdr TMJ.



Buku ini diterbitkan dalam tahun 90an sewaktu isu ni mula meletup dibawa oleh TGNA. Sdr TMJ ni adalah antara penulis politik yang saya suka selain daripada Ahmad Lutfi Othman, Pak Subky dan juga Sdri Suria Janib.

Yang pasti kita semua tahu baik DAP ka, Gerakan ka, MCA ka, MIC ka semuanya istiqamah menentang perlaksanaan Hudud atas pelbagai alasanlah baik dari tahun 90-an mahupun sekarang.



Bila tengok berita pasal saman..teringat ada orang dulu dari UMNo juga yang saman pasal hudud ni...





Hal di atas mungkin berlaku sebab berbeza fahaman politik mahupun dah memang ketegaq tak mau. Tapi dalam masa yang sama ada juga non muslim bila datang dialog dengan TGNA boleh menyokong hudud ni.





Tu untuk non muslimlah... sampai sekarang pun ada lagi yang tegar menentang, nak kata tak faham semuanya educated hatta LGE yang nak ikut Khalifah Umar Abdul Aziz pun nampaknya payah nak terima lagi. Karpal Singh tak payah ceritalah..


UMNO pulak macam mana? dulu kalau tengok sorang sorang pemimpin UMNO punya alasan tak mahu kat hudud ni berdiri bulu roma rasanya masa baca. Sekarang? mungkin nada dah lainlah sikit..... lembut bunyinya tapi tak tahulah sama ada macam totally rejection macam dulu ke ataupun macam mana. Nada pemimpin UMNO dalam bab hudud sekarang ni dah lembut berbanding dengan dulu.Mungkin ini adalah hasil daripada istiqamah dan tidak putus asa PAS duk bawa isu ini, bagi penerangan dan sebagainya menyebabkab orang mula nak ambil tahu pasal hukuman dalam Islam ni.Apa pun yang dulu dulu punya kenyataan moga diampunkan Allah lah kalau ada salah dan silap...









Datuk Seri Najib pun sebahagian antara yang pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan denganHudud 19 tahun dahulu dan juga sekarang sewaktu kempen PRK Kuala Terengganu. Kalau kenyataan beliau dulu dan sekarang bandingkan...

Najib: Hadi tidak perlu perjelas Umno pasal hudud




"Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi," kata beliau pada hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu."


Dulu apa kata beliau?




Media massa pun boleh tahan jugak dulu. Moga moga diampunkan...





Fuh.... tu tak campur dengan statement "Siapa nak makan sup tangan pergi Kelantan...

Bila fikir fikir balik daripada nada yang begitu 'celupar' dan keras 19 tahun dahulu berbanding sekarang. Insya Allah kalau semua istiqamah terang, bagitau, kempen pasal ni 19 tahun akan datang Insya Allah Hudud ni akan diterima.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...