No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, March 27, 2009

PERLEMBAGAAN PAS :

FASAL.14: HAK-HAK DAN KEWAJIPAN AHLI

1) HAK-HAK AHLI IALAH

a)Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang mewakili parti.
b) Setiap ahli PAS juga berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
c) Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada Parti.
e) Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

2) KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AHLI:

a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari semasa ke semasa.
b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
c) Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan.
d) Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
e) memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam dan diluar negeri.
f) Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

3) a) Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.

Bersambung....

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...