Para TAPOL di Pusat Tahanan Batu Gajah telah mengeluarkan kenyataan pada 1 Mei 1969 bahawa mereka telah:
• dalam keadaan digari telah ditendang di bahagian perut dan dihantukkan kepala ke dinding sehingga berdarah.
• mencucuk jarum ke kuku di jari tangan dan meletakkan pensil di celah-celah jari tersebut sebelum ditekan dengan kuat untuk menyakiti tahanan.
• dibakar dengan pemetik api, disakiti dengan ‘rubber band’ dan dimasukkan paku ke dalam lubang kemaluan.
• diarah membuka seluar dan diperintah untuk duduk di atas botol yang terbuka.
• di arahkan untuk menanggalkan pakaian dan kemudian diarahkan berdiri di bawah kipas atau aircond sehingga pengsan.
• dipukul hingga berdarah (oleh FRU yang memasuki kem tahanan tersebut)
Dalam afidavit untuk tujuan habeas corpus pada Oktober 1988, sejak tahun Operasi Lalang, Yeshua Jamaluddin memberi keterangan bahawa beliau :
• tidak dibenarkan tidur secara berterusan berhari-hari lamanya.
• diserang oleh pegawai-pegawai penyiasat sehingga terjatuh ke lantai mencederakan bahagian belakangnya (kesannya beliau kencing berdarah).
• diarahkan untuk menanggalkan semua pakaian dan diarah untuk melakonkan seperti orang disalib di palang salib.
• diarahkan berdiri sebelah kaki sambil kedua tangan didepakan memegang selipar selama dua jam.
Pada Mac 1989, sesi Parlimen gempar apabila mendengar pendedahan Abdul Rahman Hamzah, bekas ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah diseksa semasa ditahan di bawah ISA. Menurut keterangan tersebut:
• ditendang, ditumbuk, ditempeleng dan dipukul dengan batang penyapu oleh tujuh orang pegawai penyiasat sehingga pengsan.
• diarahkan untuk berjalan itik, lompat katak dan merangkak di seluruh bilik, koridor dan bilik air.
• diarah untuk kencing seperti anjing.
• dimandikan dengan air sejuk dan diarah berdiri dekat aircond.
• dipaksa membuat beratus-ratus ‘pumping’ (push-ups).
• diletakkan sebuah tong (tin) yang menutup seluruh kepalanya dan tong (tin) itu dipukul dengan kayu. (Kesan daripada itu kepala dan bahagian atas mukanya menjadi bengkak).
• dicekik dengan tangan dan dipaksa berdiri dengan menarik kepalanya ke atas oleh pegawai penyiasat.
• dipukul di bahagian pipi dan dagu.
• dipulas tangan dan dihayun badannya oleh pegawai-pegawai ke arah dinding.
• melakonkan aksi seks.
• ‘melastik’ telinga dan puting tetek dengan ‘rubber band’.
• diperosokkan kepala ke mangkuk tandas yang kotor dan dipam berkali-kali.
• dicucuk-cucuk badannya dengan mop yang digunakan untuk mencuci tandas.
Dalam era Reformasi, Mior Abdul Razak telah mengeluarkan satu afidavit pada Februari 1999 mengatakan bahawa beliau telah ditakut-takutkan dan diancam serta dikasari untuk membuat pengakuan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Malek Hussein juga membuat laporan polis dan mengeluarkan afidavit bahawa semasa dalam tahanan ISA pada September 1998 beliau telah diseksa secara fizikal, dipukul dan dipaksa meminum air kencing oleh polis.
Dr. Munawar Anees yang ditahan di bawah ISA sebelum penahanan ISA terhadap aktivis Reformasi yang lain juga telah mengeluarkan pengakuan bersumpah setebal 36 muka surat menceritakan pengalamannya didera dan diperlakukan dengan kasar agar membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Tahanan Reformasi pada April 2001, juga turut mengalami kekasaran fizikal, tekanan mental dan perasaan, manipulasi psikologi, sesi ‘brainwashing’ berhari-hari lamanya dan pencabulan hak asasi mereka kerana ditahan sehingga hampir 60 hari semata-mata bagi tujuan mendengar pendedahan pegawai-pegawai penyiasat perihal ‘kehebatan’ pasukan polis, terutamanya SB.
Sumber: Saari Sungip
No comments:
Post a Comment