Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beritahu Ahad tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.
“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta.
“Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, dekat Kuala Krai.
Menurut Shahrizat kerajaan negeri Kelantan gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.
“Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk.”ujarnya-5/7/2009
No comments:
Post a Comment