Kejohanan Futsal ADUN Bangi telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2009 bertempat di Gelangang Aktif Futsal, Kawasan Perindustrian Bangi Baru, Seksyen 13. Sebanyak 32 pasukan atau 256 pemain telah menyertai kejohanan tersebut yang terdiri dari belia dan remaja sekitar Serdang, Bangi, Kajang dan Putrajaya.
Pasukan Kiro FC dari Kajang telah muncul sebagai Johan setelah mengalahkan pasukan UKM Attop dari UKM dengan jaringan 2-0. Dengan kemenangan tersebut , pasukan Kiro FC telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 berserta medal untuk setiap pemain.
Manakala tempat ke tiga dan ke empat pula dimenangi oleh pasukan CCCP dari Cheras Perdana dan Crown Hill dari Bukit Mahkota. Sementara itu saudara Paan dari pasukan Kiro FC telah terpilih sebagai pemaian terbaik perlawanana akhir manakala saudara Kaharudin dari CCCP dan Mohd Sufian dari UKM Attop muncul sebagai penjaring terbanyak bersama dengan jaringan 10 gol.
Kejohanan anjuran Pejabat ADUN Bangi telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi pada pukul 10 pagi. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengalu-alukan penyertaan semua pasukan dan menyeru agar semua pemain dapat bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Beliau juga berharap agar para pemain khususnya golongan belia dan remaja dapat mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat ADUN Bangi dari masa ke semasa.
Sementara itu, Saudara Khairol Anuar, selaku wakil Pejabat ADUN Bangi telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang.
Dahari

Pengarah Program
No comments:
Post a Comment