No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, October 5, 2009

Credit to Pengarang Asal email ini..........

"Saya pernah bertanya dengan seorang doktor haiwan dari nigeria (Abdul Qadeer) yang kebetulan satu kursus dengan saya sekarang.

Negara Nigeria mempunyai komposisi yang sangat ketara iaitu bahagian utaranya (14 negeri) didiami oleh masyarakat muslim dari keturunan Hausa sementara bahagian selatan didiami oleh penduduk kristian.

Saya bertanya mengenai kadar jenayah (crime rate) di kawasannya.
Dia kata sangat-sangat rendah.
Sangat rendah yang bagaimana?
Kami boleh tidur pada malam hari tanpa menutup pintu.
Wallahi?
Wallahi.

Undang-undang apa yang kamu pakai?
Undang-undang Islam.
Kalau orang mencuri pun, ada keadaan-keadaan yang tidak membolehkan 'hukum potong tangan' dijalankan.

Bolehkah kita di Malaysia, tidur tanpa menutup pintu pada malam hari?
Bahkan perkara pertama yang kita lakukan apabila masuk rumah adalah menutup pintu dengan segala selak dan penyendal yang ada.

Kerana apa? Kita semakin rasa tidak selamat.

Apakah petunjuk yang menyatakan kita tidak rasa selamat?

Terlalu banyak. Tindakan penambahan CCTV di jalan dan tempat-tempat tertutup, pembelian mitsubishi lancer sebagai kereta peronda polis kununnya untuk mengurangkan kadar peragut jalanan, penambahan polis penyiasat, penambahan kadar jenayah yang semakin luarbiasa, peningkatan kos perbelanjaan perniagaan dalam isu keselamatan bahkan penambahan syarikat penyedia keselamatan seperti ADT dan syarikat sekuriti adalah penanda aras bahawa rakyat Malaysia semakin rasa tidak selamat.

Semasa kes Nurin Jazlin dibunuh dengan kejam, banyak emel yang saya terima mengenai doa untuk mengelakkan diri sendiri atau anak perempuan di rogol.

Mengapakah hanya kita yang mesti meningkatkan itu dan ini, sedangkan bakal-bakal penjenayah tidak pernah rasa takut untuk melakukan jenayah, tidakkah pernah terdetik dalam fikiran mereka..sebagaimana yang dikatakan Hadith Rasul(SAW) seseorang tidak akan mencuri sehingga keluar IMAN dalam dirinya atau seseorang tidak akan berzina sehingga keluar IMAN dalam dirinya..?

Apakah mencukupi dengan memasang sebesar-besar papan tanda yang berbunyi "bebaskan diri anda dari budaya jenayah" untuk "memujuk" , "merayu" secara diplomasi bakal-bakal penjenayah untuk tidak melakukan jenayah?

Sebuah papan tanda yang besar di simpang jalan Bagan Datoh tidak mampu menahan rumah Pak Imam yang hanya 10 meter dari surau dari dirompak oleh seorang penjenayah pada ketika dia sedang khusyuk mengimamkan solat tarawikh yang baru lepas.

Apakah ini yang difikirkan oleh peragut di T'ganu yang meragut seorang ibu mengandung sehingga maut hanya kerana RM2 di dalam tas tangannya?

Bukankah lebih baik sekiranya papan-papan tanda ini berbunyi sedemikian " Janganlah anda mencuri harta-benda orang lain kerana hukuman potong tangan akan disabitkan sekiranya ada bersalah. Sekiranya anda terpaksa mencuri kerana sangat-sangat kelaparan disebabkan apa juga alasan sila pergi ke rumah tok Imam yang dibuka 24 jam untuk membantu anda."Sekiranya anda pernah mencuri sebelum kuatkuasa undang-undang ini, pulangkanlah harta benda tersebut, mohon maaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana segala dosa yang pernah dilakukan kecuali syirik akan mendapat pengampunan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang bertaqwa."

Utopia?
Undang-undang syariah Islam pernah dilaksanakan semasa Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman kegemilangannya. Ia lenyap disebabkan penjajahan, pemahaman sempit, ketidakupayaan umat Islam sendiri yang hilang jati diri dan faham sekularisme pemimpin-pemimpinny a sendiri.

Oleh yang demikian saya mengajak dan menyeru keseluruhan umat islam yang berada dalam ***** agar cuba MEMAHAMI konsep undang-undang Islam yang sebenar, MENGHAYATI, DAN MELAKSANAKAN bahawa hak untuk mengamalkan hukum Islam yang sebenar adalah hak umat islam yang telah lama dinafikan. Ia adalah "social right", "the right of practising one's religion" yang telah lama secara sedar atau tidak kita tinggalkan dan kita relakan untuk tidak melaksanakannya bagi diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, Wasalam.

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...