No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, July 28, 2008

SHAPUTRA Johan Takraw Pemuda

Pasukan SHAHPUTRA ‘B’ dari Shah Alam telah muncul sebagai juara Kejohanan Sepaktakraw Piala Ketua Pemuda Pas Kawasan Serdang setelah berjaya mengalahkan pasukan Sg. Ramal Dalam ‘B’ dalam Kejohanan Sepaktakraw yang berlangsung pada 19 Julai 2008. Sementara tempat ke 3 dan ke 4 telah dimenangi oleh pasukan Sg. Ramal ‘A’ dan AU Harmoni dari Keramat
Dengan kemenangan tersebut, pasukan SHAHPUTRA telah menerima piala pusingan Ketua Pemuda PAS, Wang Tunai RM400 dan medal Manakala Naib Johan menerima Wang Tunai RM300 dan medal. Sementara itu tempat ke 3 dan ke 4 menerima Wang Tunai sebanyak RM150 dan medal.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Lajnah Sukan dan Rekreasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang dan dijalankan di dua lokasi iaitu di Taman Desa Surada dan Taman Ramal Desa.

Sebanyak 32 pasukan yang diterima menyertai kejohanan tersebut daripada 40 lebih pasukan yang memohon bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang. Penyertaan juga bukan sahaja terdiri daripada pasukan-pasukan dari sekitar Bangi / Serdang tetapi juga pasukan-pasukan dari Keramat AU, USJ, Shah Alam, Koperasi Polis Sentul, Semenyih, KLIA dan Nilai.

Kejohanan tersebut diserikan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar yang turut menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut hadir ialah beberapa AJK PAS Kawasan dan Ketua Pemuda PAS Kawasan.













Dalam ucapan penutupan, Dr. Shafie telah menyatakan kegembiraan di atas penyertaan kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini dan berharap supaya kejohanan seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Beliau juga akan mempertimbangkan tambahan gelanggang takraw memandangkan sambutan terhadap sukan takraw amat menggalakkan.

Dahari

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...