No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, March 8, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kami di PTS doakan tuan dan puan semua sihat. Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu semua yang sibuk dengan tugasan harian.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) yang dinanti-nanti oleh ramai pencinta buku setiap tahun datang lagi. Kali ini PBAKL akan berlangsung bermula 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum bahasa Melayu nombor 1 Malaysia tidak melepaskan peluang menyertai PBAKL 2010. Tahun ini adalah tahun ke-9 PTS menyertai PBAKL. Booth kami bertempat di C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai), PWTC, KL.

Apa yang menarik di booth PTS kali ini:

1. Booth: PTS menyewa sebanyak 15 booth tahun ini bagi memastikan tuan dan puan selesa semasa berada di booth PTS. Ruang yang luas ini memudahkan tuan dan puan bergerak dan memilih buku PTS.

2. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi tuan dan puan yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi tuan dan puan tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.

3. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada tuan dan puan yang membayar menggunakan VISA & Mastercard.

4. Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi. Klik di sini bagi melihat senarai buku PTS: www.pts.com.my.

5. Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi peminat FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk tuan dan puan apabila datang ke booth PTS nanti.

6. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.

7. Hadiah: Bagi tuan dan puan yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan jugabookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter.

8. Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan.

Apa perasaan tuan dan puan apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini? Jadi pastikan datang awal ke booth kami. 100 pembeli pertama di booth PTS akan menerima hadiah buku percuma setiap hari. Booth PTS dibuka jam 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) dan 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad). Dapatkan maklumat lanjut di www.pts.com.my/pestabuku.

Terima kasih kerana membaca e-mel ini. Besarlah harapan PTS agar tuan dan puan dapat uar-uarkan makluman ini di blog, laman web, Facebook, Friendster, MySpace masing-masing. Jangan lupa forward e-mel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti.

Bersama kita melakar masa depan dengan membaca buku.

Terima kasih.

Nota; Ni promosi sahaja saya tak dapat apa apa pun daripada PTS :)

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...