No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, March 19, 2010

Januari lalu, blog ini pernah melaporkan tentang “Markaz Taman Melewar Dilanda Tsunami?”

Berita tersebut agak provokatif dan dimaklumkan mendapat perhatian daripada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dengan markaz tersebut, lebih-lebih lagi ia turut mendapat liputan di dalam laman web Tranungkite.net.

Apapun, sebenarnya ia adalah kerja-kerja pengubahsuaian Markaz Tarbiyah taman Melewar untuk dinaiktaraf menjadi sebuah institusi pengajian.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad atau ringkasannya K.U.I.Z.M, bakal menjadi satu lagi tonggak institusi pendidikan yang dikawalselia sepenuhnya oleh PAS.

Majlis pecah tanah dan pelancaran KUIZM telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Mac yang lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir serta Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.

Maklumat lanjut mengenai KUIZM boleh dilayari melalui website rasminya iaitu: http://kuizm.org/index.php.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari pelancaran tersebut yang dipetik daripada blog http://pemudapasgs.blogspot.com/









Sumber: www.pemudapasgombak.com

1 comment:

ijad said...

selamat ber blog..

Pakatan Rakyat

Loading...

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...