No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, August 17, 2010

Tabung Derma Rawatan Jantung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Tabung Derma Rawatan Jantung Tuan Guru


Assalammu’alaikum warohmatullah hiwabarokatuh

Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din insya’Allah akan menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA. Insya’Allah Tuan Guru akan berangkat ke sana pada hari Sabtu 28-Ogos-2010 dan pembedahan jantung akan dilakukan pada hari Isnin 30-Ogos-2010.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan rawatan jantung ini sebelum, ketika dan sesudahnya. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati Tuan Guru dengan kesembuhan dan kesihatan yang berterusan.

Tuan Guru pernah memberitahu di dalam kuliah iaitu kos rawatan beliau di Stanford Hospital dijangka melebihi RM500,000 (setengah juta ringgit). Tuan Guru tidak pernah meminta derma atau sumbangan daripada sesiapa untuk kos rawatan ini.

Bagimanapun saya telah meminta pandangan daripada pembantu peribadi (PA) kepada Tuan Guru (anak lelaki Tuan Guru sendiri) Ustaz Hamdi Haron tentang saranan daripada ahli-ahli Darussyifa’ untuk melancarkan Tabung Sumbangan Rawatan Jantung Tuan Guru. Ustaz Hamdi Haron telah mengatakan terpulang kepada keikhlasan anda semua.

Oleh itu dengan ini kita sebagai anak-anak murid Tuan Guru Dato’ Haron Din marilah kita sama-sama dengan keberkatan bulan ramadan yang mulia ini melancarkan Tabung Derma Rawatan Jantung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Tuan-tuan, puan-puan, ustaz-ustaz, Dato’-Dato’, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun sekalian boleh menyalurkan derma tuan-tuan terus ke akaun peribadi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din seperti berikut;

Nama: Haron bin Din
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nombor Akaun : 120-290-100000-28

Cek juga boleh ditulis atas nama Haron bin Din

Jika menderma melalui internet banking sila masukkan nama “email recipient” dengan email address Ustaz Hamdi Haron: qiqeem@gmail.com

Sebarang pertanyaan tentang tabung derma ini boleh hubungi terus Ustaz Hamdi Haron di 019-3313377

Jazakumullah

Anak-anak murid Tuan Guru

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...