No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Tuesday, August 17, 2010

Usaha Daftar Pengundi Baru Fokus Utama MCA, Kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- MCA telah mengenal pasti hampir 200,000 anggotanya di pelbagai peringkat yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sehubungan itu, tumpuan MCA kini adalah untuk mendaftarkan anggotanya yang layak mengundi sebagai pemilih, sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Bagi memastikan usaha tersebut dilaksanakan sepenuhnya, beberapa anggota jawatankuasa pusat parti telah dilantik untuk memantau proses pendaftaran pengundi di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin bahagian MCA di sini.

Beliau berkata sebelum ini, usaha menarik lebih ramai pengundi kaum Cina kurang diberi perhatian serius oleh pemimpin parti di peringkat bahagian.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lepas menunjukkan bahawa Umno mendaftarkan jumlah pengundi baru paling ramai iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Ketika ini, terdapat kira-kira empat juta golongan muda yang telah mencecah usia 21 tahun, masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi di negara ini.

Malaysia kini mempunyai 11 juta pemilih berdaftar daripada kira-kira 27 juta populasi.

-- BERNAMA

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...