No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Saturday, September 4, 2010

Sumbangan Sempena Eidulfitri Kepada ‘Muraabitun’ DPPP

Oleh Mohd.Adram Musa

Sempena Eidul Fitri yang bakal menjelang tiba, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM500.00 seorang kepada semua kakitangannya di Pejabat Agong PAS. Atas dasar keprihatinan dengan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Disamping itu, mereka juga turut dapat sama berkongsi keceriaan sebagaimana kakitangan awam negeri dan persekutuan yang turut menerima duit raya.

Menurut Sdr. Mohd Adram Musa yang juga merupakan Bendahari DPPP, masih ramai dalam senarainya yang terdiri dari ‘Muraabitun' parti yang sewajarnya layak menerima sumbangan tersebut namun disebabkan peruntukan yang amat terhad yang mana sumbernya adalah dari sumbangan orang ramai dan individu yang prihatin, maka beliau menyeru agar mana- mana organisasi dan individu agar dapat tampil untuk turut serta menyumbang bagi TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA dalam menjayakan hasrat tersebut.

Sumbangan bolehlah di buat diatas nama : TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA No akaun 564025400100 Maybank Berhad . Untuk maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi, Sdr. Mohd Adram sendiri di talian 013-384 5555 atau Pegawai Kewangan DPPP, Sdr. Yusapizadi talian 03-2692 5000.

Segala bentuk sumbangan ke DPPP adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jazakallahukhairankasira. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik dan keprihatinan penyumbang demi meraih sedikit nikmat dunia untuk para petugas sepenuh masa kita.

Disediakan Oleh

Mohd.Adram Musa
Bendahari
Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...