No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Wednesday, September 28, 2011

Program Tanggungjawab Sosial Korporat: "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor"



Sebagai salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("Perangsang Selangor") akan menjalankan satu program untuk membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Program ini diberi nama Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor.

Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.

Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.

MASA DAN TEMPOH KURSUS

Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program).

PESERTA PROGRAM

Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.

MAJLIS PELANCARAN

Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini Insha Allah akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)

Masa : 9.45 pagi

Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

ATUR CARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA SISWAZAH SELANGOR

8.30 pg :

Pendaftaran Peserta

9.30 pg :

Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor

9.45 pg :

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa

10.00 pg :

Ucapan Aluan Pengerusi Perangsang Selangor

10.15 pg :

Ucapan Perasmian dan Pelancaran Program Rangsangan Kerjaya Untuk Siswazah Selangor oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor

:

Gimik Pelancaran Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor

:

Tayangan Video Maklumat Program

:

Majlis Pelancaran Berakhir

10.45 pg
:

Taklimat Kursus-Kursus Latihan dalam Program Rangsangan
Kerjaya Siswazah Selangor :

  1. Malaysian Institute of Management (MIM) Certificate in Graduates Skill Development Program
  2. Corporate Education & Development Centre (CEDC) Young Entrepreneur Development
  3. Pusat Pengajian At-Tibyan & MIM Islamic Banking & Finance Certificate
  4. Significant Technologies Sdn Bhd Skills Enhancement Programs"
12.30 tgh :

Sesi Pendaftaran Kursus dan Rundingcara Bermula (Makan tengahari disediakan)

3.00 ptg :

Majlis Tamat

Semua siswazah yang berminat dijemput hadir ke Majlis Pelancaran ini.

Perangsang Selangor berharap program Rangsangan Kerjaya Untuk Siswazah Selangor ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu siswazah negeri Selangor mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan.








No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...