No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Friday, September 30, 2011

Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Selangor

KENYATAAN AKHBAR DEWAN

PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


TAHNIAH KEPADA SKUAD BOLASEPAK SELANGOR


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh pasukan Bolasepak Negeri Selangor kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia tahun ini. Kejayaan dicapai setelah mengalahkan Kuala Lumpur 2-1 malam tadi di Stadium Shah Alam.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga kejayaan melayakkan diri ke suku akhir ini akan dapat memotivasikan semula semangat para pemain dan pengurusan bolasepak Selangor untuk memenangi peringkat separuh akhir dan di peringkat akhir untuk menjulang Trophi Piala Malaysia untuk kali ke 33. Diharapkan juga para pemain skuad “The Red Giants” akan terus mempamerkan mutu permainan berpasukan yang menarik dan mentaliti sebagai jaguh/juara yang sebenar.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendoakan semoga skuad Bolasepak Negeri Selangor untuk terus cemerlang sehingga dapat merangkul kembali Trophi Piala Malaysia untuk dibawa pulang ke Selangor. Para peminat juga diseru untuk menunjukkan komitmen sokongan yang padu kepada skuad Selangor bagi menghadapi perlawanan-perlawanan yang mendatang. Selangor Boleh.



USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR






No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...