No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Monday, October 3, 2011

HUDUD: MCA dan GERAKAN Semakin Sasau

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA
PAS NEGERI SELANGOR

MCA DAN GERAKAN SEMAKIN SASAU

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan cuba untuk mencari publisiti murahan dengan meneruskan serangan terhadap isu hudud kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Terbaru, Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pergerakan Pemuda MCA dan Tan Keng Liang daripada GERAKAN mengatakan isu hudud tidak akan selesai di dalam Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideologi yang berbeza sedangkan Pakatan Rakyat telah berjaya untuk ‘duduk semeja’ bagi membincangkan dan menjernihkan suasana terhadap isu tersebut.

Pakatan Rakyat telah bersetuju dan bersepakat untuk meneruskan objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terdapat di dalam Buku Jingga selain hormat-menghormati kepada teras ideologi dan prinsip agama yang dianuti oleh parti komponen Pakatan Rakyat. Satu kejayaan yang tidak akan mampu dibuat dan dicapai oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melihat Pemuda MCA dan GERAKAN cuba untuk menjadi populis di mata UMNO setelah parti mereka telah ditolak secara keseluruhan di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Kini mereka menggunakan taktik untuk menyerang agama Islam dengan harapan untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kembali menyokong mereka dan tindakan mereka ini telah mendapat kerjasama penuh daripada pimpinan UMNO sendiri.

Sepatutnya UMNO yang telah menerajui Barisan Nasional telah lama dapat memahamkan komponen parti mereka terhadap kebaikan undang-undang Islam berbanding undang-undang yang sediada. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengecam tindakan Pemuda MCA dan GERAKAN yang berterusan ‘merengek-rengek' seumpama ‘bayi yang mahukan sesuatu daripada bapanya' degan berterusan membantai isu hudud ini walaupun tidak memahami isi sebenar kandungannya semata-mata untuk menjjadi juara masyarakat orang bukan Islam di mata UMNO.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya UMNO tidak lagi berterusan melebarkan rangkaian kejahilan mereka berkenaan isu hudud kerana parti komponen mereka di dalam Barisan Nasional. Sepatutnya pihak Barisan Nasional mencontohi semangat dan roh permuafakatan didalam Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang agak serius dengan suasana yang mahabbah dan mesra.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada Pemuda MCA dan GERAKAN serta parti-parti komponen Barisan Nasional supaya tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu-isu yang tidak mereka fahami terutamanya isu hudud ini kerana ianya akan membabitkan orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Islam tidak dipaksakan keatas hukum hudud ini. Oleh itu, MCA dan GERAKAN tidak perlulah cuba untuk mencari popul;ariti murahan untuk memjuarai isu ini.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

30 September 2011



No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...