No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Wednesday, October 5, 2011

Tangguhkan Dahulu Pilihanraya Tempatan

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA
PAS NEGERI SELANGOR

TANGGUHKAN DAHULU PILIHANRAYA TEMPATAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut di atas kenyataan di dalam akhbar Selangor Kini berkenaan Agenda Selangorku, Pelan Tindakan dan Visi Tiga Tahun 2011-2013 khususnya yang membabitkan Pilihanraya Tempatan. Mengikut agenda Selangorku, pilihanraya Tempatan akan dilakukan di Petaling Jaya pada tahun 2012.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan perlaksanaan pilihanraya Tempatan ini belum sesuai untuk dilaksanakan dalam masa terdekat kerana masih banyak lagi perkara perkara yang perlu diperbincang dan dibahaskan secara terperinci. Setakat ini pihak Pemuda PAS tidak mendapat sebarang maklumat perincian terhadap mekanisme yang akan digunakan untuk pilihanraya Tempatan ini.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya pihak Kerajaan Negeri menangguhkan dahulu hasrat untuk melaksanakan pilihanraya Tempatan ini sehingga semua pimpinan parti Pakatan Rakyat dapat berbincang dan berhujah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi melaksanakan agenda tersebut. Pakatan Rakyat Selangor perlu bercermat di dalam usaha untuk melaksanakan sistem ini kerana sebarang kecuaian dan kesilapan akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk dan sukar untuk diperbaiki di masa
hadapan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga di masa yang akan datang, sebarang bentuk polisi dan dasar Kerajaan Negeri perlulah diperbincangkan di dalam semangat ukhuwwah mesyuarat Pakatan Rakyat Negeri supaya hasilnya akan dapat memuaskan hati semua pihak dan akan mendapat sokongan padu daripada seluruh jentera parti di semua peringkat.

MOHD SANY HAMZAN

TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap

PENGERUSI LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


03 Oktober 2011



No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...