No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Thursday, October 6, 2011

JAKIM Perlu Bertindak Segera

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


JAKIM PERLU BERTINDAK SEGERA


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa cukup kecewa dengan situasi mutakhir ini yang membabitkan perbincangan mengenai hukum hudud yang sepatutnya telah diterima dengan baik oleh masyarakat Islam dalam negara ini telah menjadi polemik perbincangan yang tidak berkesudahan. Semakin ramai orang membicarakan berkenaan isu ini daripada orang-orang Islam sehinggalah kepada orang-orang yang bukan Islam. Apa yang lebih mendukacitakan lagi adalah ada kelompok Ummat Islam yang secara terang-terangan menolak hukum hudud ini kerana masalah perbezaan politik dan ideologi perjuangan.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup sedih apabila isu ini telah menyebabkan orang yang mempunyai pendidikan tinggi di dalam pengajian Agama dan berjawatan Timbalan Menteri yang menjaga urusan Agama serta orang yang memegang jawatan utama di dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) turut sama sanggup merendahkan keilmuan mereka untuk menolak hukum hudud semata-mata kerana ingin ‘membodek’ dan ‘mengiyakan’ keputusan penolakan hukum tersebut oleh ‘BOS’ mereka iaitu UMNO.


Maka tidak hairanlah semakin ramai orang yang jahil berkenaan agama Islam akan bangkit menentang hudud ini seperti kenyataan daripada Zainah Anwar yang mewakili Sisters in Islam (SIS) di dalam suratkhabar Star, 2/10/11, yang cukup biadap sebagai seorang Muslim terhadap agama yang dianutinya. Beliau memberikan hujah-hujah logik akal semata-mata sedangkan hukum hudud ini adalah daripada Allah Taala dan bukan ciptaan manusia. Parti MCA juga diberikan kebebasan dan keizinan oleh UMNO untuk ‘membelasah’ isu hudud ini walaupun tidak ada kaitan mereka selaku orang bukan Islam dengan Hukum Islam ini. Maka seluruh kecelaruan ini berlaku apabila UMNO yang mengaku sebagai parti terbesar orang Melayu Islam telah GAGAL di dalam MENJAGA AGAMA ISLAM walaupun telah 54 tahun memerintah negara ini.


Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta pihak berkuasa Agama di dalam negara seperti JAKIM perlu memainkan peranan penting dan menggerakkan usaha untuk menghentikan perbincangan yang tidak berkesudahan ini dengan menganjurkan Majlis Muzakarah isu Hudud ini dengan membabitkan Majlis Fatwa Malaysia, Majlis Syura PAS Pusat, Biro Agama UMNO, Majlis Mufti dan persatuan-persatuan Islam yang lain supaya dapat menghasilkan satu keputusan yang terbaik tentang keperluan untuk mendaulatkan undang-undang Islam di dalam negara ini.


Selain itu, Majlis Fatwa Malaysia, pihak JAKIM dan agensi yang terlibat dengan Agama Islam dalam negara ini perlulah menyegerakan usaha untuk mendraf undang-undang hudud yang sewajarnya perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan sekiranya mereka benar-benar berhasrat untuk meninggikan hukum Islam di dalam negara ini. Janganlah hanya menyifatkan bahawa hukum hudud yang telah diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu adalah ciptaan PAS sedangkan tiada sebarang usaha yang dilakukan di peringkat Pusat untuk mendraf satu undang-undang hudud yang terbaik malahan tiada langsung siri-siri penerangan di buat untuk memberikan kefahaman sebenar isu undang-undang Islam ini kepada masyarakat.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA PEMUDA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR









No comments:

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...