No 8 Jalan 1/4, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. H/p: 013-3845555 Fax: 03-89250891

Saturday, February 13, 2010

Adik perempuan Presiden PAS meninggal dunia

KUALA TERENGGANU, Feb 12 — Adik Presiden PAS, Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, pukul 7.28 malam ini.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di sisi adiknya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarhamah Aishah akan dibawa pulang ke rumah Hadi malam ini dan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.

Allahyarhamah Aishah pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

No comments:

Pakatan Rakyat

Loading...

Disclaimer

Disclaimer
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan pendirian rasmi pengendali laman ini dan DPPKS (Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang) melainkan dinyatakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...